Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bekalan elektrik di pusat penyimpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara kekal stabil sepanjang pelaksanaan program imunisasi COVID-19 kebangsaan.
Ketua pegawai rangkaian pembahagiannya, datuk ir baharin din berkata, bekalan vaksin Pfizer-BioNTech yang dijadual tiba esok memerlukan bekalan elektrik yang stabil kerana vaksin perlu disimpan pada suhu negatif 70 darjah celsius.